Pelangi Kaki Bukit

Dari mata turun ke hati

Jika benar cinta pandang pertama wujud, buktikan. Imbas kisah yang berusia sudah enam tahun lalu, membuatkan aku menitiskan air mata keseorangan. Walhal, sudah lama berlalu. Tapi, aku dapat rasakan pandangannya sehingga kini. Insan yang mampu buat aku tersadai telah menambat hati aku tanpa meminta izin. Pandangannya mampu buat aku longlai dan cair. Adakah ini cinta? Aku menafikan.

 

Diusia 13 tahun, adakah layak dipanggil cinta? Atau ia boleh dikategorikan sebagai cinta monyet? Tapi, aku yakin dengan perasaan ini. Aku sangat yakin. Dia sangat baik. Dia di kelas pertama dan aku di kelas ke empat. Ya. Dia memang bijak. Aku sangat kagum dengan kepandaian dia. Rupanya tidaklah sehebat lelaki lain. Tapi dia mempunyai personaliti yang tiada pada orang lain. Aku namakan dia sebagai 'E'.

 

Subhanallah. Aku suka melihatnya. Aku suka dengar ketawanya. Aku keliru. Sungguh aku keliru. Di saat aku ingin memilikinya, datang seorang lelaki yang agak bagus rupa parasnya. Lelaki yang aku namakan sebagai  'A' mengatakan dia sukakan aku dan ingin menganggap aku sebagai kekasihnya. Aku biarkan dulu A. Aku tetap mengharapkan E dapat meluahkan hasratnya. Aku tahu. Dia sangat sukakan aku. Dan aku. Sangat sukakan dia.

 

Namun, tiada khabar hasrat E untuk berkawan lebih rapat dengan aku. Malah si A lebih prihatin tentang aku. A ambil tahu semua benda pasal aku. Aku rasa bersalah. Aku rasa bersalah bukan kerana aku telah mebuat A menunggu. Tapi aku bersalah kerana tidak memulakan hasrat aku dengan menyatakan aku suka kepada E. Aku manusia biasa. Tidak sanggup melihat si A terus menunggu aku, pada 10 Oktober 2009, aku declare dengan si A. Aku sedih dengan E. Kenapa dia tidak memulakan bicara dan membuat aku terus menunggu?

 

Walaupun E dengan perasaannya, aku tetap menantikan hasrat E. Itu janji aku. Sebab dari matanya, aku kenal dia. Dari matanya, aku sudah jatuh cinta padanya. Aku yakin. Cinta pandangan pertama itu wujud kerana dari mata turun ke hati.