jandiwan

aku dan encik teddy bear

aku dan encik teddy bear

‚Äč

 Aisyaz Ardia melibas-libas kipas kertas tersebut . Agaknya berapa  lama lagi bahagian yang perlu dilakonkannya selepas ini . Entah apa angin pengarah hari ini , habis kesemua krew dimarahinya .  Itulah , disuruh kahwin tak mahu , katanya sibuk nak tumpukan perhatian dengan kerja . Aisyaz menggeleng-geleng perlahan kepalanya .

“ Bos , tukang dandan berhenti ! How are we gonna make this scene ? ” , jerit Latif yang lebih mesra dikenali sebagai Latifah . Cermin mata hitam Tuan Daud dibuka , kelihatan empat lapis kerutan di dahinya yang putih itu . Latif membongkok sambil memandang aku dengan wajah yang sayu . Aduh !

   Ekspresi muka tuan pengarah berubah menjadi bengis . Hemm , fed up lah tu dengan kami ! Langkahnya pun makin tak betul dah tu . Tapi yang peliknya dia bukannya berjalan menuju ke arah aku mahupun Latif sebaliknya ke arah seorang perempuan .  Kejap , apa dia nak buat dengan perempuan tu ? Jangan kata dia nak tukar watak aku kepada perempuan itu ?!

   “ Bos , jangan ! ” , tidak semena-mena aku mencengkam lengan tangan pengarah . Takut juga dia bertindak di luar kawalan . Maklumlah tengah kalut macam ni , fikiran pun jadi tak waras .

   “ Aisyaz Ardia ! How can you stop me ? ” , soal pengarah lantang . Aisyaz menunduk malu . Aduh , apa kau buat ni Aisyaz Ardia ? Kau dah memalukan diri kau tahu tak ? Tapi , kalau aku tak bertindak macam ni , mungkin aku akan kehilangan kerjaya aku  ..

      AKU DAN ENCIK TEDDY BEAR

  

       “ For now , follow my step . Believe me , after this , you will become the most pretty actress ! ” , ujar Sha , tukang dandan Syaz yang paling bersemangat . Jarang juga melihat semangat anak muda yang berkobar-kobar seperti Sha ini . Aisyaz tersenyum sambil memandang sesuatu di leher Sha . Haha , tahi lalat dia bukan main banyak di leher . Merujuk buku , tahi lalat di leher kanan ini bermaksud seseorang itu luas ilmu pengetahuannya . Tapi kalau dibandingkan situasi sekarang memang jauh bezanya . Takkanlah Sha di hadapan anak mata aku ni sanggup menamatkan pelajarannya semata-mata untuk  menceburi bidang ini ?

   “ Hei , awak pandang saya lain macam ! Make up saya tebal sangat ke ? Or my lipstick too thick ? ” , soal Sha melarikan pandangannya . Debaran di hati Sha semakin rancak namun cuba disembunyikan sebaik mungkin . Berderai tawa Aisyaz Ardia sejurus memecah kesunyian studio tersebut . Minta pucuk ulam mendatang , Shafiq Haidar menadah kedua-dua belah tangannya lalu mengucapkan pujian kepada Allah kerana memberikan dia peluang keemasan ini !

   “ Sha , tell me about your life . Maksud aku adalah , macam mana kau boleh tertarik untuk menceburi bidang ini ? ” , soal Aisyaz sambil menutup matanya , membenarkan Sha mendandan kelopak matanya . Sha terdiam . “ Apa ? kisah hidup saya ? Kalau saya cerita sampai esok tak habis awak , lagipun kisah hidup saya langsung tak menarik “ , ujar Sha sambil menikmati keindahan makhluk kurniaan Allah itu . Aisyaz Ardia sungguh menarik pada pandangan matanya . bermula dari matanya hinggalah ke kaki .

   “ Baiklah kalau macam tu , tapi kau kena janji sesuatu dengan aku ”