jandiwan

kenapa nak stress ? bacalah karya saya

kisah permulaan wan ( WaMaMiSyeeHa) - diculik dan lari

kisah permulaan wan ( WaMaMiSyeeHa) - diculik dan lari

Pisau dapur tersemat kasar di leherku . Sesekali itu juga aku merungut sakit namun langsung tidak diendahkan oleh pemuda tersebut . Biarpun kesal dengan tindakan bodoh ayahku meminjam duit dengan kumpulan Ah Long tersebut , namun ada benar juga tindakan ayahku waktu itu . Kami terpaksa menghabiskan jumlah wang yang banyak bagi menanggung kos rawatan ibu aku yang menghidap penyakit kanser .

   

“ Lepaskan aku ! Aku janji akan bayar penuh bulan ini ” , kasar aku memula bicara . Nampaknya mereka mula bertindak kasar terhadap kami sekeluarga . Bukannya kami tak nak melunaskan cepat-cepat tapi mereka yang langsung tak memahami keadaan kami . Ayah aku sekarang menghilang entah ke mana , takkan nak harapkan aku yang masih bersekolah ni ?

  

Ah Long mula mendekati aku lalu meraup kasar pipi aku . Kemudian dengan senang hatinya dia ketawa memecah hening pagi .

 

   “ Hahahaha .. kamu fikir saya tak tahu , yang ayah kamu lari ? Sekarang beritahu saya hutang itu siapa yang nak habiskan ? Kamu ? Atau mak kamu yang separuh mati dekat atas katil tu ? Aduhhh , kalau 100 orang yang mahu pinjam wang perangai sama ayah kamu ini , banyak rugilah saya ” , sambung Ah Long panjang . Jelas kelihatan tiga kedutan yang mencacatkan wajah Ah Long . Lama juga si cina tua itu merenung muka aku sebelum gajet di poketnya berbunyi .

 

   “ You two guard her ! ” , perkataan terakhir yang dihembuskan Ah Long kepada  dua orang lelaki bernikop tersebut . Bernikop ? Ish , poyo je semua penjenyah zaman sekarang , bernikop bagai . Kalau dah tahu diri tu jahat , tak perlu bertopeng . Lama-kelamaan orang akan dapat tahu juga . Aku menggeleng sambil tergelak sendirian . Hemmm , tak patut . Tak patut .

 

   “ Abang , saya nak ke tandas . Buka ikatan ni , cepat ! ” ,

 

   “ Tak boleh ! Macam aku tak tahu yang kau nak lari . Nah , kalau perlu sangat guna botol ni ” , aku mengerling tajam lelaki itu . “ Aduh , cakap jangan sebarang cakap abang! Ada ke abang suruh saya buang dekat botol tu ? Tak senonoh betul la abang ni , dekat sekolah cikgu tak pernah ajar abang soal kebersihan ke ? ” , terangkat kening lelaki itu aku buat . Hahah , padan muka !

 

   “ Kau ni kan memang padan kena pukul je ” , baran lelaki tersebut membuak-buak nampaknya . Tangannya pantas mencapai batang penyapu di sisi aku . Belum sempat dihunuskan kepada aku , lelaki itu menolak aku ke hujung dinding . Kelam-kabut aku dibuatnya . Tanpa berfikir panjang aku terus menghentam kemaluannya . Sakit terduduk dia . Puas hati aku . Sebelum rancangan aku gagal , aku mengambil langkah seribu