WaMaMiSyeeHa Amirah preview

WaMaMiSyeeHa Amirah preview

   Amirah mencampak kesemua buku-buku teks itu ke lantai . kedengaran bunyi tapak kaki ayahnya mendaki anak tangga . kalut sungguh Encik Abdul Rahim saat itu . macam-macam yang berlegar di fikirannya .

 

 ‘ Ya Allah , janganlah apa-apa yang buruk terjadi dekat anak aku ’ . selesai mendaki, pantas lelaki yang agak berusia itu menuju ke bilik anak daranya .

 

   ‘ stress sungguh ! macam mana nak puaskan hati ibu ngan abah ? setiap kali keluar result , mesti aku kena bantai . aku bukannya malas nak belajar tapi , keadaan persekitaran aku yang banyak mengganggu’

 

   ‘ AAAAARRGHHHHHHH’ , amirah hanya membenamkan rasa bengangnya menerusi tangisan dan jeritan . pipinya yang mulus mula dibasahi air mata jernih . sudah lama dia memendamkan perasaan itu . kalau boleh , hari tu jugak dia nak keluar dari rumah . tak adalah setiap hari dia kena saksikan perbalahan yang ala-ala komedi berlaku antara kedua ibu bapanya itu . menyeksakan sungguh !

 

   ‘ along ? along tak apa-apa ? ada luka kata mana-mana ? meh sini ayah tengokkan ’ , reaksi spontan ayahnya itu membuatkan amirah bertambah berang . meletup-letup hatinya saat itu .

 

   ‘ ayah , along tak dapat tumpukan perhatian untuk belajar di sini ! keputusan along muktamad !! along nak tinggal dengan ibu ! ’ , amirah memeluk ayahnya .

 

   ‘ along .. along kan dah besar , dah boleh buat keputusan sendiri dah . kenapa bertindak terburu-buru ni ? kalau along degil sangat tak nak tinggal dengan kami , ayah akan hantar along ke asrama’ , encik Abdul Rahim terus mengungut amirah .

 

   pikirnya amirah akan bertindak membatalkan keinginannya itu . akan tetapi , itu semua mustahil berlaku . mustahil sama sekali .

 

   Amirah adalah amirah . sekali buat keputusan , dia takkan sama sekali berundur . tapi macam mana dengan asrama . betulkah keputusan amirah ini ? dia akan memasuki asrama tak lama lagi ? nantikan kemunculan novel ini .. WAMAMISYEEHA !!