wan part 2

wan part 2

Kaki aku mula terasa perit . Berkaki ayam rupanya aku dari tadi . Tapi yang anehnya ialah makin jauh aku berlari , makin sesat aku dengan bangunan-bangunan pencakar langit . Sinar suria sudah bertapak di atas kepala aku . Jalan tar ni berbeza dengan jalan-jalan di rumah aku yang hanya sarat dengan rimbunan pasir . Dalam keadaan panas macam ni , kaki aku pun terasa macam nak meletup . Kelihatan deretan gerai air termasuk air kegemaran aku iaitu tembikai susu di seberang jalan .

 

  “ Aduh , dompet aku kering pulak waktu macam ni . Hemm , aku terdesak sangat ni nak minum air . Ya Allah .. ” , sedang aku menadah tangan mendongakkan kepala aku ke atas , tiba-tiba kedengaran duit syiling jatuh ke tanah . Segera aku menoleh untuk melihat keadaan sebenar . Subhanallah ! Terima kasih ya Allah ! Tapi duit syiling hanya cukup untuk tampung satu air sahaja .

 

   “ Cucu , mak cik dahaga . Mak cik dah dua hari tak minum air ” , hemm drama sungguh . Waktu aku terdesak macam ni dia muncul . Tapi , kasihan juga dia . Dia lagi menderita daripada aku . kurang-kurang Ah Long bagi aku minum tadi , air milo lagi . “ Nah , ini untuk mak cik . Minumlah puas-puas ya ! Mungkin hari ini rezeki mak cik ” pasrah aku menghulurkan bekas minuman  kepada nenek tua itu .

 

  “ Terima kasih , moga cucu sentiasa dilindungi Allah s.w.t ” , ujar wanita tua itu lagi . Aku hanya mampu menelan kepahitan hidup ini . “ Mampukah aku dilindungi daripada Ah Long ? Ya Allah , apa aku merepek ni . Allah sentiasa melindungi hambanya ” , aku menampar-nampar pipi aku kerana berfikiran negative . Umi kata , setiap yang berlaku ada hikmahnya . Mungkin ayah menghilang kerana berusaha mengumpul duit untuk membayar hutang kami …

 

   Satu demi satu lebuh raya telah aku seberang . Tapi , masih juga tak jumpa tempat untuk berehat . Mahu sewa hotel pula , satu sen pun aku tak ada sekarang ini . Cacamarba perasaan aku saat ini , membayangkan keadaan umi setelah ketiadaan aku . Adik-adik aku tu bukannya boleh diharap untuk jaga umi . “ Ya Allah , hamba memohon ihsan-Mu . Permudahkan hamba untuk menemui jalan pulang ” , waktu itu juga aku menandah tangan , memohon bantuan daripada Allah , Yang Maha Bijaksana .

 

   “ Ayyub , macam mana dengan trak ini ? Takkan kita nak biarkan pintu belakangnya tak berkunci ? Bahaya lah ! ” , kedengaran pak cik tua cuba memanggil temannya dengan menjerit . Pak cik Ayyub lantas mendekati temannya sambil berkata , “ Apa ni Jamal ? Jangan menjerit , aku bukannya jauh pun daripada kau . Oh , kalau pasal trak ni kau jangan risau , aku dah minta tolong pengawal itu supaya tengok dan jagakan ” .

 

  “ Baiklah kalau macam tu . Lega sikit hati aku sekarang . Man , tengokkan trak kami ya ! Terima kasih ” , sekali lagi pak cik Jamal menjerit . Pak cik Ayyub menekup telinganya . Hemm , seksa betul , rungut hati pak cik Ayyub . Man yang bertugas pengawal pada malam tersebut hanya mengangguk sambil tersenyum . “ Sama-sama , Pak Yub ! ” , balasnya .

 

   Gelap sungguh malam ini . Aku cuba mencari kotak di sekitar jalan tersebut namun tidak berhasil . Ngeri juga Kuala Lumpur , pusat bandar Malaysia ini . Pelansong asing tak kira bangsa dengan berbagai jenis warna kulit berpelesiran di tepi jalan seperti bandar mereka . Begitu juga dengan warga asing yang semakin mengingkat  . Nampaknya aku kena cari tempat untuk menginap yang lebih selamat dan terjamin . “ Haa , pintu belakang trak tu tak berkunci . Peluang aku ni ” , aku bercakap seorang diri .

 

   “ krek .. krek ” , bunyi tin minuman itu menarik perhatian Pak Cik Man . Mesti dia curiga dengan bunyi tersebut , seolah-olah seseorang sedang merancang sesuatu . Akhirnya, bunyi tin tersebut dengan perlahan membawa langkah Pak Cik Man ke belakang bangunan bank yang sepatutnya diawasi malam itu . Menyedari peluang keemasan tersebut , cepat-cepat aku meluru masuk ke dalam trak tersebut . Biarpun keadaan fizikal di dalam trak  itu gelap , tetapi aku masih rasa berbaloi . Di sini ada plastik dan juga kotak yang aku perlukan . Aku mengoyakkan kertas tersebut kepada cebisan kecil kerana dirasakan ia terlalu tinggi dan keras bagi mengalas kepalaku . Plastik itu dijadikan selimut biarpun serba kekurangan .

 

   “ Ya Allah , jadikan hari esok lebih baik daripada hari ini . Hamba memohon ihsanMu untuk menghulurkan bantuan . Lindungi umi dan adik-adik hamba di rumah . Hantarkan malaikatMu bagi menjamin keselamatan mereka malam ini , Ya Allah . Aamin ya robbal alamin ”