wan part 4

wan part 4

“ Papa nak bawak Nanie pergi mana ni ? “, remaja yang mula melangkah ke alam persekolahan sekolah menengah itu mula menyuarakan soalannya . Lelaki yang agak berumur itu meneruskan pemanduannya . Soalan anak perempuannya dibiarkan sepi .

   “ Lepas ni kita nak pergi mana ? ” , Zaidan tidak berkelip memndang Wan yang agak rendah daripadanya . “ Hmm , nak pergi mana ? ” , gumam Zaidan sendirian .

  “  Hari dah nak gelap ni . Lepas ni aku terus balik . kau pulak ? “

  “ Aku .. entah . Aku tak tahu .”

  “ Hei , jangan memain dengan aku . Jangan kata kau ni lari daripada rumah ! Kau nak pergi mana lepas ni ?! ” , Zaidan tiba-tiba membentak Wan . Entah Kenapa dia begitu risaukan budak perempuan itu . Tangannya pantas mencengkam lengan baju Wan .

   “ Idan , lepaskan ! ”

  “ Tak nak ! ”

  “ Kenapa kau tak pandang aku . Aku paling benci orang yang tak pandang muka aku bila aku bercakap ” , tengking Zaidan . Mukanya sungguh merah saat itu . Wan langsung tidak memandang Zaidan . Zaidan menoleh ke sebelah . “ Tudung ? ”

   Wan tersenyum sendirian melihat tudung merah jambu tersebut . Namun begitu , dia mula menyedari pandangan Zaidan terhadap tudung tersebut . Wan mengeluh sambil memuncungkan bibirnya .

   “ aku dengar je apa yang kau kata tadi . Kau nak balik kan ? kejap , aku nak masuk toilet . kejap je ” , Zaidan mengangguk . Pandangannya masih terlekat kepada selendang merah jambu itu .

   “ kring, kriinggg ! ” , Tan Sri Zulkhairi menggapai telefon bimbitnya . Beliau terus menjawab panggilan yang masuk .

  “ Waalaikumsalam . Ya saya . Apa ?! Puan serius keni? Baiklah , kami akan daftarkan diri dengan segera . Nanie yang berada di sebelah ayahnya telah curi-curi dengar perbualan tersebut . Kali ini , Nanie menunjukkan reaksi gelabah .

  “ Erm , Idan ? ”

  “ Ya , saya ! ”

  “ Maaf sebab kau terpaksa tunggu lama . Marilah ! Kau kata nak balik . Dah lambat ni .. ”

   “ Kejap ! Kau mari sini” , Wan tersentak apabila Zaidan memanggil dirinya . Dia mula mendekati Zaidan yang sedang berhat di bawah sebatang pohon yang rendang .

   “ Ya ? ” , bertambah terkejut Wan apabila Zaidan menyarungkan sehelai selendang berwarna merah jambu ke kepalanya . Wan tiba-tiba berasa malu . Matanya cepat-cepat ditutup . Dengan harapan bahawa dia dapat melupakan wajah kacak lelaki yang berada di hadapannya ini .

  Zaidan tersenyum . “ Yeah! Tak sia-sia aku habiskan duit untuk hadiahkan selendang ni kepadanya . Dia nampak cantik ! ” , gumam Zaidan dan tanpa disedari Zaidan telah memegang pipi mulus Wan .

   “ Apa ni ?! ” , Wan berundur ke belakang . Dia berasa takut secara tiba-tiba terhadap Idan .

  “ Maafkan saya ! Saya tak sengaja ” , Zaidan mula mendapatkan Wan yang semakin jauh berundur ke arah jalan raya .

   “ Aku takut dengan .. ” ,

“ woii , hati-hati .. ”

“ poonnnnnn ! ”

    Pandangan Wan mulai kelam . Semuanya kini kabur . Zaidan telah hilang dari pandangannya .Wan terlantar di atas lantai tar jalan raya .badannya lemah .