Budak kolot

Budak kolot

Kolot .

ya . Memang aku kolot , sebab apa aku kolot ? sebab minat sastera ! Wow , tak sangka gelaran itu yang tertulis di dahi aku bila aku berbicara tentang sastera . cikgu aku selalu kata "MINAT DAN KESUNGGUHAN JALAN KEJAYAAN" . Kenapa perlu kau caci minat aku ? kau mempertikaikan ?

           

           Kau bangga bila berjaya menghasilkan sesuatu yang menaikkan namamu . tapi kau lupa betapa indahnya bahasa yang aku pelajari . ya , memang aku tidak sehebat kau , bercakap mengenai dunia , teknologi , sains dan lain lain . tapi aku bangga bila aku mempelajari bahasa yang penuh seni . 

           

            Tak semua orang boleh bercakap dengan bahasa yang berseni ! ingat , cara hidup seseorang itu jangan pernah kau lekehkan .