SIGNIFIKASI MASA (AL-ASR)

SIGNIFIKASI MASA (AL-ASR)

16 MUHARRAM1437H/29.10.2015

 

Assalamualaikum,

 

Walhamdulillah ala kulli hal ana zahirkan atas segala nikmat dan rahmat yang AllahurRahman kurniakan pada diri hamba yang lemah lagi kerdil ini,

 

 

Pertamanya alfun asifan ana pohon kerana hampir 7 bulan menyepi dari menukilkan sesuatu yang boleh kita jadikan manfaat bersama di ruangan ini dengan harapan kita semua berjaya mencapai redha Ilahi dan bertemu di syurga abadi , InsyaAllah hendaknya...

 

 

 

Kawan-kawan,

 

Sedar atau tidak dalam diam kita umat Islam khususnya telah melangkah memasuki tahun hirah Islam yang baharu dua minggu yang lalu.Makanya sebagai seorang Muslim yang sejati sewajarnya dan seharusnye kita memilik satu tekad dan azam untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik dalm semua aspek kehidupan. agar cita cita utama kita sentiasa berada dalam naungan Sang Pencipta terlaksana.

 

 

Bertepatan dengan itu suka untuk ana nukilkan pada lembaran kali ini berkenaan satu perkara yang mungkin kalau kita perasan akan kehadirannya tetapi tidak ramai yang menghargainya. Apakah  perkaranya  itu?Tidak usah berpening kepala memikirkan jawapannya kerana ana juga yang akan memberi ijabahnya.

 

Jawapannya sudah tentulah MASA!!!

 

 

 

Terus terang ana katakan umum mengakui akan peri pentingnys waktu itu tetapi berapa ramai di antara kita yang betul betul menghargai setiap detik dan saat yang berlalu dalam hidupnya dengan sesuatu yang  menguntungkan kehidupannya terutamanya kehidupan di alam yang baqa'.

 

 

Justeru tidak hairanlah Allah Rabbul Izzati turunkan satu surah khusus buat kita umat RasulullahS.A.W  sebagai pedoman dalam melayari kehidupan yang penuh dengan ujian dan dugaan . Surah Al-Asr, anatara surah terpendek yang ada di dalam al-Quran tetapi membawa mesej yang begitu besar andai kita memahami dan menghayati setiap ayat dari surah ini.

 

 

Secara amnya surah ini membawa maksud kepada kita manusia yang semuanya, saya ulang sekali lagi semuanya berada dalam kerugian melainkan 3 golongan manusia yang senantiasa melakukan perkara berikut daalm hidupnya:

 

1.Beriman kepada Allah                                       2.Melakukan amal kebaikan dan kebajikan

                                3.Berpesan pesan pada kebenaran dan kesabaran

 

 

Ingat duhai sahabat, Allah gunakan kalimah 'wa' yang ertinya 'dan' sekaligus menunjukkan  kita perlu menepati keseluruhan kriteria di atas untuk mengeleluarkan diri kita dari golongan yang rugi

 

 

 

Sahabat-sahabat,

 

Rasul junjungan kita nabiyullah S.A.W juga ada mengingatkan kiata dalam satu hadisnya yang mengatakan salah satu dari nikmat yang sering manusia leka dan alpakan ialah MASA LAPANG nya.

 

 

Sedarlah wahai insan yang yang penuh dengan kelemahan, pada saat anda bazirkan waktu yang berlalu, masa yang kiata ada di dunia ini semakin sedikit dan hakikatnya kita semakin hampir bertemu dengan Tuhan Sekalian Alam. Adakah sudah cukup persediaan kita untuk kehidupan di sana?

 

 

Tepuk dada, Muhasabahlah diri anda.

 

 

 

Akhir kalam, manfaatkanlah dan dunakanlah setiap hela nafas yang masih kita punya di dunia ini sebaiknya.Mudah-mudahan impian murni kita untuk bersatu dengan cinta hakiki di Jannatul Firdausi berjaya dikecapi dengan izinNya

 

Sebelum ana sudahi coretan ini, pujangga Arab ada berbunyi:  

 

Waktu Itu Ibarat Pedang, Andai Kita Tidak Memotongnya, Dialah Yang Akan Memotong Kita'

 

(Ana Ini Juga Seorang Insan, Kerdil Lagi Banyak Kelemahan, Bersamalah Kita Saling Mengingatkan)

 

Assalamualaikum smiley