HAJAR PREVIEW

HAJAR PREVIEW

   “ kau serius ke , Hajar? ” , mata Shafiq terbuntang setelah mendengar keterangan daripada Hajar .

 

   “ Yelah ! Muka aku ni ada muka seorang penipu ke ? Cuba tilik muka aku elok-elok ” , Hajar memuncungkan bibirnya . Sebuah keluhan kecil telah dilepaskan budak perempuan itu . Berat hatinya untuk berpisah dengan Shafiq . Surat tawaran ke asrama yang baru sahaja diterima olehnya itu direnyukkan .

 

   “ Hajar , aku bukan apa . Aku mana ada kawan lain selain kau . Kau je yang ikhlas berkawan dengan aku . Dan lagi satu , kau ni dah lah lembik . Kalau kau kena buli , macam mana ?. Siapa yang akan lindungi kau ?! ” , Shafiq membantah sekeras-kerasnya keputusan Hajar untuk memasuki asrama .

 

   “ Semua yang kau kata tu , semuanya aku dah sebutkan dah dekat umi dan abi . Macamlah kau tak diorang . Sekali buat keputusan , sampai bila-bilalah dengan keputusan diorang tu . Aku takkan mampu bantah ! ” , ujar Hajar dengan nada marah bercampur geram . Shafiq hanya memerhatikan tingkah laku Hajar . Keadaan kembali sepi . Hanya derusan angin dan desiran air sungai yang kedengaran saat itu .

 

    Hajar memeluk tubuhnya . Setelah beberapa ketika , air mata Hajar mula jatuh ke pipinya yang mulus . Hidungnya yang putih melepak itu mula kemerahan . Shafiq yang hanya memerhatikannya sejak tadi mula terasa sebak .

 

   “ Hajar .. ”

   “ Ya ”

 

  “ tititttt .. tititttt ” , telefon bimbit Iphone 6 Shafiq bergetar , menandakan terdapat pesanan yang baru masuk ke ke dalam kotak mesej . Secara serentak , Hajar dan Shafiq menoleh ke arah gajet tersebut . Hajar yang pantas bertindak terlebih dahulu merampas  gajet kepunyaan Shafiq .

 

   “ Hei , pulangkan balik ! Aduh , malulah aku ! ” , keluh Shafiq perlahan , tetapi mampu didengari oleh Hajar . Hajar tersenyum kerang busuk . Memandangkan Hajar tahu kata laluan Shafiq , maka  dengan pantasnya dia membaca mesej tersebut .

 

   “ Hajar , pulangkan balik ! ” , jerit Shafiq . Daia telah memasang niat untuk mengejar rakannya itu sekiranya masih berkeras .

 

   Muka Hajar ketat . Tiada sebarang senyuman yang dikeluarkan olehnya .

 

   “ Woi , kau masih berhubung lagi ke dengan .. ” ,

   “ KAN AKU DAH KATA JANGAN MENYIBUK ! ITU HAL AKULAH ! ” , Shafiq membidas kata-kata Hajar dengan kasar . Hajar tersentak . Gajet milik teman baiknya itu segera dikembalikan .

 

   Hajar terus memecut ke rumahnya . Hatina sungguh sakit saat itu . Ingatkan setelah dia meluahkan segalanya kepada Shafiq , surut sikit tekanan dalam kepalana . Namun , perkara yang berlaku adalah sebaliknya , Hajar menyesali tindakannya untuk menemui Shafiq .

 

   “ Acik , kenapa ni ? Masuk-masuk rumah je terus menangis . Gangster-gangster jalanan tu kacau acik lagi ke ? Ya Allah , acik ! Sejuknya tangan .. ” , Hajar langsung tidak mengendahkan kata-kata ibunya .

 

  “ Acik setuju dengan arahan umi dan abi ”

   “ Apa maksud acik ? umi masih tak faham ”

   “ Acik terima tawaran ke asrama itu kalau itulah yang umi dan abi mahukan ”

   “ Acik yakin ? ”

 

   “ Yalah ! Acik yakin sangat-sangat dengan keputusan acik kali ini ” , ujar Hajar lalu menghentak pintu biliknya . Di sudut hatina , sebenarna dia takut dengan keadaan asrama yang dikatakan terkenal dengan kes buli . Namun , kebenciannya terhadap Shafiq membatasi segala-galanya . Ya , dia mula membenci teman baiknya itu sejak daripada peristiwa yang dilaluinya tadi .