lumpuh ?

lumpuh ?

“ Tuan , ini barang kepunyaan mangsa ”  , Doktor Naqiuddin menyerahkan sehelai kain selendangkepada Tan Sri Zulkhairi . Tan Sri Zulkhairi dengan pantas berdiri lalu menyambut  selendang tersebut dengan iringan air mata .

   “ Doktor , bagaimana dengan keadaan mangsa ? Dia dah sedar kan ? Saya nak jumpa dengan dia , sekarang ! ” , lengan baju doktor tersebut dicekup . Air mata Tan Sri Zulkhairi mula bercucuran , membasahi pipinya . Namun , doctor tersebut langsung tidak memberikan respon . Sebaliknya , dia hanya menggelengkan kepalanya lalu mengelap peluh di dahinya .

   “ Susah saya nak terangkan keadaan yang dialami oleh pesakit ini . Pesakit ini menghidap iGuillain-Barré syndrome (GBS) atau sindrom Guillain-Barré  . Dia kini lumpuh dan masih tidak sedarkan diri . Kami bimbang ingatannya pula akan terganggu sekiranya dia masih tidak sedarkan diri dalam tempoh seminggu ini . Hentakan yang kuat di kepala banyak mengganggu pergerakan otaknya . Maafkan saya , tuan . Kami dah cuba lakukan yang terbaik ” , ujar Doktor Naqiuddin sambil mengusap bahu Tan Sri Zulkhairi . Mata doktor yang agak berusia itu tertacap pada sebuah susuk tubuh yang sedang lena tidur di bangku .

   “ Apa yang saya dah lakukan ni doktor ? Hidup budak perempuan tu musnah disebabkan oleh saya”

   “ Tuan , pihak hospital langsung tidak mempunyai maklumat mengenai pewaris bagi pesakit ini . Hal ini akan mencetuskan masalah kerana tiada sesiapa akan membayar kos rawatannya sepanjang dia dirawat di hospital ini ”

   “  Apa yang kamu nak risaukan sangat ? Saya yang melanggar dia , jadi sayalah yang akan bertanggungjawab ke atas  kos pembiayaan pesakit itu . Baiklah doktor , dengar sini . Saya nak doktor berikan dia rawatan yang paling terbaik ” , ujar Tan Sri Zulkhairi . Doktor Zulkhairi lantas mengangguk .

   “ Tuan , saya rasa , ada baiknya jika tuan bawa anak tuan balik sekarang . Kesian dia , terpaksa tidur di bangku hospital . Sakit lehernya nanti ” , ujar doktor itu lalu meminta diri . Tan Sri Zulkhairi menoleh ke bangku . Amboi , lena betul Inanie tidur .