USWATUN KHASANAH (Bukti Cinta Kepada Rasulullah)

USWATUN KHASANAH (Bukti Cinta Kepada Rasulullah)

23 SAFAR1437H/ 5.12.15M

 

Assalamualaikum walhamdulillah ala kulli nikmah

 

Akhirnya ade juga kesempatan masa utk ana nukilkan sesuatu di laman ini, Bukan ape cuma terkadang terlampau sibuk disibukkan dengan kelekaan dunia sehingga terlumba untuk dicoretkan sesuatu yang segar dari ruang ini. Seperti pos sebelum sebelumnya afwan kathiran ana pohon...

 

Thoyyib melihat kepada tajuk utama untuk kali ini iatu USWATUN KHASANAH. Fahamkah antum semua dua terma ini? Bagi kalian yg berkesempatan mempelajari lughah Alquran, mungkin faham dantahu tetapi bagi yang 'blank' atau tiada idea, jangan risu biar ana jelaskannya di sini...

 

Uswatun Khasanah ini boleh kita tafsirkan sebagai contoh teladan yang baik. Dalam kata lainnya lebih menjurus kepada akhlak dan peribadi sesorang yang kita jadikan sebagai contoh dan ikutan. Jadi sebagai umat akhir zaman ini sudah tentulah akhlak Nabi Muhammad rasul terulung yang begitu mulia akhlaknya, kita jadikan sebagai sandaran

 

Dalam kitab mulia Al-Quranull Karim  juga begitu jelas Allah gambarkan ketinggian peribadi Rasulullah s.a.w.Sebagai contoh di dalam surah ke 33 ayat 21 menunjukkan kemuliaan akhlak nabi Muhammad, Antara surah lain yang menahirkan keluhuran akhlak Sayyidul Musthofa ini ialh suratul Qalam ayat 4.

 

Jadi tidak hairanlah penduduk kaum Quraisy memberinya gelaran al Amin sebagai orang yang terpercaya meskipun umurnya yg begitu muda pada ketika.Dalam peristiwa lain, kaum kafir quraisy juga jika tidak salah memberikannya amanah untuk menjagakan harta mereka sepanjang ketiadaan mereka kepada Rasulullah s.a.w.

 

Aisyah radiyallahuanha juga pernah memberitahu di dalam suatu hadis yang mengatakan pada Alquran itulah akhlaq Rasulullah.Segala sifat terpuji yang terkandung di dalm kitab agung itulah peribadi Rasulullah.Dalam satu lagi hadith lain riwayat Muslim menyebut sesungguhnya Nabi Muhammad itu diutus tidak lain untuk menyempurnakan akhlak umatnya sekaligus menjadi ikutan.

 

Ikhwatufillah sekalian,

 

Jadi sebagai akhirnya, apakah level atau standard akhlak kita sepannjang kehidupan kita di dunia yang fana in. Sejauh manakah usaha yang telah kita lakukan  untuk mencontohi akhlak Nabiyullah ini? Jika benar kita cintakan rasulullah seharusnya tiada alasan buat kita untuk tidak mencontohi setiap peribadi Muhammad ini kerana semuanya begitu indah dan mendatangkan kebaikan jika kita praktikkan dalm kehidupan seharian...

 

Di bawah ini saya sertakan beberapa akhlak Rasulullah yang boleh kita amalkan walaupun hakikatnya tidak terkira mulianya akhlak Nabi Muhammad:

  • Bermanis Muka         
  • Berlemah Lembut
  • Jujur/Amanah
  • Berkata Benar
  • Tenang/Sabar
  • Pemaaf
  • Bertanggungjawab
  • Pemurah
  • dan banyak lagi....     

 

Akhir kalam, ayuh sama sama kita perbaharui tekad, dikikiskan segala sifat negatif di dalam diri dengan mencontohi seagala akhlak Rasulullah. Rugilah kiranya jika kita masih tidak sedar dan berada di takuk lama kerana sudah ada satu karakter unggul yang diakui oleh semua golongan kemuliaan akhlaknya.

 

Moga kita menjadi mukmin dan muslim yang semakin unggul, Saya akhiri nukilan kali ini dengan sepotong ungkapan yang mungkin boleh mencetus titik perubahan kita dalam kehidupan

 

Ingat Teman, Allah berfirman dalam satu ayat dari surah Ibrahim, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu malainkan dirinya sendiri yang ingin bergarak ke arah perubahan itu

 

Jazakallah Khair, doakan ana untuk terus menulis dan bertemu di lain lembaran...

 

Ma'assaallamah

 

Assalamualaikum cool