Hari pertama kurus kahwin (Sabtu)

Hari pertama kurus kahwin (Sabtu)

Hari sabtu, aku datang pukul 1, untuk buat pendaftaran. nasib datang awal, lengang sikit. aku daftar, dekat kaunter pejabat dia di aras 2. dewan kursus dalam pejabat. naik escelator atau tangga bergerak senang cari pejabat dia. kalau tak jumpa juga, boleh tanya polis bantuan. kursus kahwin ni, dah lama, berdekad dah dekat bangunan mara. jadi cleaner pon tahu kursus kahwin dekat mana. dia suruh isi borang (sehelai jer, warna biru), kemudian kepilkan sekali dengan photostat ic. aku buat bayaran dan dapat resit. resit tu penting sebab untuk ambil sijil guna resit dan untuk ambil folder sebelum masuk dewan kursus. aku datang kursus kahwin sorang. ada yang datang berpasangan, dengan member office, dan ada yang datang sorang-sorang. kalau aku tahu aku bawa adik aku sekali join sebab sijil ni tak ada expired date, dan boleh pakai seluruh Malaysia. 

Kemudian sementara nak tunggu masuk dewan pukul 2.15 petang. Aku singgah lepak dulu dekat bisto di Groundfloor. Azan zohor, aku solat dekat tingkat 2. sama floor dengan dewan kurus. 

 

Better bawa pen dan buku nota sendiri kalau nak catat.

 

Pukul 2.15. dah boleh masuk dewan. tunjuk resit untuk dapatkan folder. dalam folder tu ada buku '"gerbang perkahwinan"", baucer-baucer, jadual kurus. masuk, dewan dia. oklah tak besar dan kecil manapun. cukuplah untuk tampung 120 orang. maxsimum satu kursus diterhadkan untuk 150 orang. berdebarlah juga. lelaki dan perempuan diasingkan. Muslimin belah kiri, muslimat belah kanan.

 

Hari sabtu ada 2 sesi jer. setiap sesi, penceramah lain-lain dan tajuk slot lain-lain. sesi pertama, ceramah. rehat, minum petang dan solat asar. kemudian sambung sesi kedua ceramah.nasib baiklah dengar jer. tak ada sesi soal jawab. tak ngantuk kot sebab ustaz pandai berkomunikasi dengan kami. setiap sesi ada tanda tangan kehadiran, kena chek betul-betul nama dan no ic yang tertera sebab kehadiran tu untuk sijil kurus kahwin nanti. kemudian yang paling best, balik. habis kelas pukul 6.45 p.m