pengalaman aku menghadiri kursus kahwin

pengalaman aku menghadiri kursus kahwin

Tujuan aku datang kursus kahwin untuk dapatkan sijil kahwin. Sijil kursus kahwin diperlukan oleh seluruh pasangan yang bernikah di Malaysia walaupun bukan negara Malaysia namun tetap perlu ada sijil kursus kahwin.

Kurus kahwin yang aku pergi di Kursus kahwin Medan Mara, KL. Aku pergi sini sebab member yang cadangkan. alhamdulillah, sekarang dah jadi parent orang dah, semoga kekal hingga jannah, amin..

 

smileybayaran dia RM120 seorang, untuk kursus selama 2 hari.

smileyada 2 pilihan sama ada nak datang sabtu dan ahad, atau rabu dan khamis. 

smileymakanan disediakan penganjur secara percuma. food court dia betul-betul depan pejabat.

smileyparking bawah bangunan medan mara. RM4 per entry.

smileykalau naik lrt boleh turun dekat stesen sogo. kalau ktm, stesen bandaraya. kalau bas dan teksi berlambak, sebab bangunan medan mara di tengah-tengah kota raya...

smileyLot 3.21, tingkat 2, Medan Mara, jalan Raja Laut, kl. bangunan lama mara, warna biru. sebelah pertama complex dan bangunan primira(mara baru) dan berhadapan Quality Hotel.

smileyumur bebas. seawal 17 pun ada sampai ada yang 50 lebih..

 

sebelum aku pergi sana, aku call dulu pejabatnya. nak tahu ada tak kekosongan. aku call, dia tanya aku nak pilih tarikh bila aku free, kemudian bookingkan tempat untuk aku. untuk booking, aku bagi nama, tarikh kursus dan no tel. aku pilih untuk pergi kursus sabtu dan ahad. sebab waktu cuti. dia suruh bawa salinan fotostat Ic muka hadapan sekeping, dan datang sebelum pukul 2 untuk pendaftaran dan pembayaran. kira macam walk-in lah... rupa-rupanya, boleh jer datang bila-bila sebelum kursus untuk pembayaran dan pendaftaran. 

coolkalau pilih kurus sabtu dan ahad, hari sabtu pukul 2.30 p.m- 6.45 p.m manakala hari ahad pukul 8.30 a.m- 6.45 p.m.

coolkalau pilih kursus rabu dan khamis, hari rabu pukul 2.30 p.m- 6.45 p.m manakala hari khamis pukul 8.30 a.m- 6.45 p.m.

Sehari sebelum kursus, hari jumaat. aku dapat mesej untuk pengesahan kehadiran. kira, baguslah, ada reminder oleh pihak kursus.