Ramadan Pertamaku

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT yang memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk berkongsi sedikit ilmu pada hari ini. Kita sekarang berada dalam hari kelima dalam bulan Ramadan. Apakah yang kalian telah manfaatkan sepenuhnya lima hari pertama dalam bulan mulia ini? Saya ingin mengajak seluruh Muslimin dan Muslimat agar kita menjadikan Ramadan tahun ini adalah lebih baik daripada Ramadan yang lalu. Oleh itu, saya namakan tajuk kali ini ialah Ramadan Pertamaku kerana saya mahu mengajak kalian menjadikan Ramadan kali merupakan Ramadan yang pertama kali kita melakukan dengan cukup sempurna.