wan part 3

wan part 3

      Tidak sempat menghirup udara segar subuh ini , pandangan mata Wan sorot ke arah seorang lelaki misteri . Lelaki misteri yang menutup sebahagian daripada mukanya itu terus menerpa Wan . Kedua-dua tangan sasanya menggapai , mencengkam kuat  bahu Wan .

   Wan tergamam , nafasnya tersangkut di kerongkong . Berusaha untuk menjerit tetapi telapak tangan yang kasar itu pantas menekup mulut Wan . Wan terus mati akal , keadaan ini tak akan pernah Wan lupakan seumur hidup . Dia benar-benar dalam ketakutan .

   Wan cuba bertindak , meluahkan segala kekuatan yang terbenam demi mempertahankan diri . Wan menepis tangan lelaki tersebut tetapi lelaki itu terlebih dahulu bertindak .  Jejari kasarnya terus mengganas . Meraih dan merangkul erat susuk tubuhnya tanpa sedikit pun belas kasihan . Wan meronta-ronta ingin meleraikan pelukan itu .

   “ Lepaskan , aku mohon . Aku tidak berharta sama sekali . Tiada manfaat langsung kau bertindak sebegini ! ” , akhirnya terpancut juga suara Wan . Tanpa sedari , Wan  memukul-mukul dada lelaki itu sekuatnya . “ Tuhan kau tempat aku berlindung . Bantulah aku ” . Bagi Wan , maruah dan harga diri akan tetap dipertahankan biarpun maut datang melanda .

   Serentak itu Wan membenamkan kuku yang agak tajam ke dada lelaki misteri tersebut . Penuh kudrat berbaur geram , dia mencakar-cakar dada lelaki itu seolah-olah mahu mengoyakkan baju yang disarungnya .

   “ Aaaarghh ! ” , sungguh ngeri lelaki itu melaung kesakitan . Bergema ruang belakang trak tersebut . Dia terus membongkok dan meraba dadanya yang terasa perit berbisa . Jahanam sungguh , merah menyala dadanya saat itu . Cakaran yang Wan lakukan sebentar tadi membantunya  untuk melepaskan diri . Wan terus berlari ke tombol pintu . Tombol pintu diputar dengan cemas , penuh debaran .

   “ Apa bising-bising ni ? Tak lena aku tidur .. ” , kritik seorang remaja lelaki sambil memandang tepat ke arah mata Wan . Wan terpana . Alhamdulillah , syukur kepadaMu Ya Allah ” . Zaidan bangkit daripada tidurnya . Biarpun tidur hanya di jalan tar dan beralaskan beg , tidurnya cukup lena sampai terbuai dengan mimpi-mimpi indah sehingga berlaku pertengkaran tadi . Zaidan merengangkan badannya dan menggeliat sepuas hati . Berkerut dahinya melihat Wan memandangnya tanpa kelip dan kelihatan matanya sedang berbicara biarpun mulut tidak berkata . “ tolong aku , aku mohon . Sungguh aku dalam ketakutan ” .

   “ Ikut aku ! ” , memahami situasi tersebut , Zaidan terus mencapai tangan Wan . Dibawanya Wan lari daripada pandangan lelaki yang bernikop tersebut .

   “ berhenti ! berhenti ” .

  “ haih , kau ni . lambat betul lah jalan ” Zaidan menoleh ke belakang untuk melihat keadaan Wan yang tercungap-cungap . Peluh di dahinya dikesat . Panas sungguh hari ni .

   “ tapi , kita dah berlari cukup jauh . Akuu ..haauuss .”

  “ ok , kita berhenti rehat sekejap dekat sini . Simpati aku tengok keadaan kau . Tengok tu , muka kau . habis merah menyala .”

      “  weh . Apa .. ” , belum sempat Wan menyuarakan soalannya , Zaidan terlebih dahulu menjawab.

     “ Nama aku panjang . buat susah-susah kau je untuk hafal nama aku nanti . panggil aku Idan je ” , Wan ternganga besar . Bukan kagum dengan kehenseman Zaidan sebenarnya tapi , hmm dia terkejut apabila Zaidan dapat menangkap apa yang bermain di fikirannya . ‘ Aku tak habis tanya lagi kot.”

     “ Dan .. ” , Wan membuka mulutnya sekali lagi tapi seperti yang dijangka Zaidan terus mencelah .

    “ Tak perlu berterima kasih sangat . Aku ikhlas tolong kau . Dah lah aku nak pergi beli air , kau nak air apa . kata haus tadi , eii ! ” , Wan hanya menurut . Jauh di sudut hatinya , dia mula terpikat dengan personality jejaka yang hensem itu . “ dia ni .. baik dan caring !”

   “ Terima kasih belanja aku , Idan . Kau banyak menolong aku hari ini . Maafkan aku sebab susahkan kau . Sekali lagi , terima kasih untuk segala jasa yang kau lakukan pada hari ini ” , Wan menundukkan badannya sebanak du kali . Dia berasa amat bersyukur dan berterima kasih terhadap Idan yang banyak membantunya hari ini .

   Hati Zaidan tercuit . Lucu juga budak perempuan ini . Apalah sangat pertolongan yang dilakukannya itu .